Sabtu, 7 Mei 2016 | 3:09pm

44 peratus keluar undi setakat 2 petang


ORANG ramai menyemak senarai nama sebelum membuang undi di pusat mengundi DUN N.8 Satok di Sekolah Merpati Jepang, Kuching. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUCHING: Sejumlah 44 peratus daripada 1,113,522 pemilih berdaftar keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata beliau menjangkakan lebih ramai pengundi keluar sebelum pusat pengundian pada jam 5 petang ini.

"Walaupun hanya 44 peratus yang direkodkan sehingga 2 petang, namun masih banyak maklumat berkenaan peratusan keluar mengundi belum diterima dari kawasan lain...jadi kami jangka jumlah keluar mengundi akan melebihi angka sedia ada," katanya di sini.

19 dibaca
Berita Harian X