Ahad, 8 Mei 2016 | 4:05pm

Pencuri Hati versi Hazami untuk ABPBH 29


HAZAMI (kanan) bakal beraksi bersama Dayang Nurfaizah membawakan lagu Pencuri Hati, Kata dan Langit Cinta. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

PUTRAJAYA: Penyanyi Hazami yakin persembahannya bersama lapan rakan artis lain pada kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH29), malam ini memukau penonton yang menyaksikannya.

Bakal beraksi bersama Dayang Nurfaizah membawakan lagu Pencuri Hati, Kata dan Langit Cinta, persembahan mereka turut diiringi koir menampilkan penyanyi seperti Sabhi Saddi, Ir Radzi, Nad Amylea, Zaidi Anuari, Zamil Idris dan Azmarul Azwan dan Yuka Kharisma.

"Saya percaya penonton di dewan dan rumah pasti berpuas hati dengan gandingan artis yang bakal memantapkan persembahan ini.

"Lebih menyeronokkan apabila susunan muzik untuk semua lagu itu dilakukan saya sendiri dan ia memberikan saya kepuasan sebagai pemuzik.

"Pengarah muzik ABPBH 29, Faizul Uzir atau Lok U juga berpuas hati dengan susunan lagu yang dibuat.

"Itu yang membuatkan saya lebih yakin menyanyi di pentas," katanya kepada BH Online.

Tambah Hazami, dia berharap supaya persembahan mereka berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kesilapan.

Berita Harian X