Rabu, 11 Mei 2016 | 8:05am
Pusat beli-belah Silver City Galleria, Boston dimana insiden beberapa orang ditikam berlaku. - Foto www.nydailynews.com

Orang awam cedera ditikam di pusat beli-belah Boston

BOSTON: Beberapa orang ditikam di sebuah pusat beli-belah di sini pada petang Selasa, kata pihak berkuasa.

Seorang penghantar Jabatan Bomba dan Penyelamat Taunton mengesahkan bahawa pekerja kecemasan sedang merawat beberapa mangsa yang ditikam di pusat beli-belah Silver City Galleria.

Katanya, keadaan 'masih aktif' dan tidak dapat memberikan butiran lanjut berkaitan kejadian berkenaan.

"Keadaan dapat dikawal," kata penghantar itu.

Taunton terletak kira-kira 64 kilometer selatan Boston. - Reuters

28 dibaca
Berita Harian X