Khamis, 12 Mei 2016 | 10:46pm

Indonesia cadang beli pesawat pengangkut tentera A400M


PESAWAT pengangkut tentera Airbus A400M.

JAKARTA: Indonesia bercadang membeli pesawat pengangkut tentera Airbus A400M, kata Menteri Pertahanan, Ryamizard Ryacudu.

"Saya bercadang membeli A400 dari Eropah namun dalam jumlah kecil. Tidak perlu membeli banyak," katanya tanpa menjelaskan lanjut.

Pesawat Airbus A400M sebelum ini terjejas akibat kelewatan pembangunan dan kos berlebihan. Satu daripada pesawat terhempas di Sepanyol setahun lalu mengorbankan empat kru, menyebabkan sesetengah negara menggantung perkhidmatannya.

Seorang jurucakap Airbus Defence and Space, yang bertanggungjawab untuk produk ketenteraan firma angkasa lepas Eropah, memberitahu Reuters menerusi e-mel, ketika syarikat tidak dapat mengulas berhubung kempen jualan khusus, ia "yakin" jualan tambahan A400M di Asia Tenggara.

Malaysia kekal sebagai satu-satunya pelanggan eksport untuk pesawat itu selepas Afrika Selatan membatalkan pesanan pada tahun 2009.

Pesawat pengangkut A400M itu dibangunkan untuk Sepanyol dan enam negara NATO Eropah - Belgium, Britain, Perancis, Jerman, Luxembourg dan Turki - pada kos 20 bilion euro (RM91.33 bilion), menjadikannya kontrak senjata tunggal terbesar Eropah. - Reuters

Berita Harian X