Jumaat, 13 Mei 2016 | 12:18am

5 maut pengebom pura-pura gila letup diri di Nigeria

SEORANG pengebom nekad yang berpura-pura gila meletupkan diri hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang di luar pejabat kerajaan di bandar tenggara Nigeria.- Foto AFP

MAIDUGURI: Seorang pengebom nekad yang berpura-pura gila meletupkan diri hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang di luar pejabat kerajaan di bandar tenggara Nigeria di sini, kata saksi.

Saksi berkata, tambahan enam orang turut cedera. Ramai lagi mungkin maut namun pengawal melarang lelaki yang dianggap gila itu daripada memasuki kompleks kerajaan, kata mereka.

Penduduk menyalahkan insiden itu ke atas pelampau Boko Haram yang membunuh beratus penduduk tahun ini dalam pengeboman bunuh diri.

Letupan semalam berlaku sehari selepas jemaah menghalang seorang pengebom masuk ke dalam masjid di pinggir bandar ini, tempat kelahiran Boko Haram dan ibu pejabat kempen tentera Nigeria menentang pelampau.

Tentera berkata, penyerang meletupkan diri dan mencederakan empat lain. Kira-kira 20,000 orang maut dan 2.1 juta penduduk menjadi pelarian dalam kebangkitan hampir tujuh tahun Boko Haram untuk mewujudkan negara Islam. -AP

Berita Harian X