Jumaat, 13 Mei 2016 | 9:33am

Pengadil gay Sepanyol akhirnya berhenti


PENGADIL gay Sepanyol, Jesus Tomillero. - Foto AP

MADRID: Pengadil gay Sepanyol menamatkan kariernya selepas berulang kali menjadi sasaran cemuhan dalam perlawanan kerana orientasi seksnya.

"Saya sudah tidak boleh bertahan," kata Jesus Tomillero kepada The Associated Press semalam.

Tomillero berkata ejekan bermula sejak 18 bulan lalu apabila dia membuat kenyataan dalam media sosial sebagai gay.

Dia berkata penyokong dan kakitangan kejurulatihan mengejeknya dalam liga wilayah Andalusia dekat selatan Sepanyol ketika dia menjadi pengadil.

Pengadil sambilan berusia 21 tahun itu yang juga pelayan restoran berasakan dia tidak lagi mendapat sokongan daripada organisasi bola sepak tempatan yang membayar gajinya.

Rafael Jimenez, jurucakap Persatuan Bola Sepak Andalusia, berkata dia memberi sokongan penuh terhadap Tomillero dan mahu dia terus menjadi pengadil. - AP

Berita Harian X