Jumaat, 13 Mei 2016 | 9:16pm

Ahli Parlimen Jelebu ada ketumbuhan dalam kepala

AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. - Foto Iqmal Haqim Rosman
AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail. - Foto Iqmal Haqim Rosman

KUALA KLAWANG: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat tidak sedarkan diri tengah hari tadi, dikesan mempunyai ketumbuhan dalam kepala.

Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, berkata doktor memulakan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan itu pada jam 7 malam tadi.

"Doktor percaya ketumbuhan itu menjadi punca beliau tidak sedarkan diri di rumahnya tengah hari tadi (semalam). 

"Buat masa ini, kita tidak mengetahui jenis ketumbuhan terbabit dan menunggu laporan daripada doktor selepas selesai pembedahan yang dijangka mengambil masa lima jam," katanya di sini, malam tadi.

Zainudin, 57, dihantar ke Hospital Jempol apabila tidak sedarkan diri, jam 12 tengah hari sebelum dikejarkan ke HKL pada jam 1.40 tengah hari.

Berita Harian X