Jumaat, 13 Mei 2016 | 11:53pm

Susannah, manusia tertua dunia meninggal

SUSANNAH Mushatt Jones . - Foto REUTERS
SUSANNAH Mushatt Jones . - Foto REUTERS

NEW YORK: Wanita paling tertua di dunia, Susannah Mushatt Jones meninggal dunia pada usia 116 tahun di New York, semalam.

Perunding kanan Kumpulan Penyelidikan Gerontologi Los Angeles, Robert Young berkata, wanita itu yang sakit sejak 10 hari lalu, meninggal dunia di rumah warga tua di Brooklyn, yang didiami sejak tiga dekad lalu.

Susannah dilahirkan di sebuah kawasan ladang berhampiran Montgomery, Alabama pada 1899. Dia mempunyai 11 beradik dan belajar di sekolah yang dikhaskan untuk pelajar kulit hitam.

Selepas tamat sekolah menengah pada 1922, dia bekerja di ladang untuk membantu keluarganya. Setahun kemudian Susannah bekerja sebagai pengasuh, sebelum berpindah New Jersey dan kemudian ke New York.

Ketika ditemubual The Associated Press pada 2015, ibu saudaranya memberitahu wanita berkenaan pernah berkahwin selama beberapa tahun, tetapi tidak mempunyai anak.

Ahli keluarganya percaya kasih sayang keluarga dan tabiat memakan buah-buahan serta sayur segar ketika membesar di ladang, di samping sikapnya yang pemurah antara faktor dia panjang umur.

Kini, Emma Morano dari Itali menjadi wanita tertua dunia. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X