Isnin, 16 Mei 2016 | 12:13pm
GAMBAR diambil daripada rakaman video yang menjadi viral di laman sosial pada Mac lalu.
GAMBAR diambil daripada rakaman video yang menjadi viral di laman sosial pada Mac lalu.

Lydiawati didakwa pukul peniaga dengan besi

PELAKON era 90-an, Lydiawati didakwa di Mahkamah Majistret, Ampang, hari ini, atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang peniaga dengan memukul mangsa menggunakan besi, Mac lalu. - Foto Muhd Asyraf Sawal

AMPANG: Pelakon era 90-an, Lydiawati didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang peniaga dengan memukul mangsa menggunakan besi, Mac lalu.

Lydiawati atau nama sebenarnya, Salina Zaimon, 51, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Haslinda A Raof, sebentar tadi.

Pelakon itu dituduh mencederakan Sharifah Harnizam Wan Musa di sebuah hotel di Ampang, kira-kira jam jam 6.30 petang 24 Mac lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman berkenaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X