Khamis, 19 Mei 2016 | 12:01am
LADANG kambing di Juasseh Agro Park, Kuala Pulah. - Foto Iqmal Haqim Rosman
LADANG kambing di Juasseh Agro Park, Kuala Pulah. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PERMUKAAN jalan di Juaseeh Agro Park. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PERMUKAAN jalan di Juaseeh Agro Park. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PAPAN tanda di Juasseh Agro park. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PAPAN tanda di Juasseh Agro park. - Foto Iqmal Haqim Rosman
KANAK-KANAK bergambar di Juasseh Agro park. - Foto Iqmal Haqim Rosman
KANAK-KANAK bergambar di Juasseh Agro park. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PENGUNJUNG berpeluang memberikan makanan kepada kambing di Juasseh Agro park. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PENGUNJUNG berpeluang memberikan makanan kepada kambing di Juasseh Agro park. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Suasana 'New Zealand' di Kuala Pilah


KUALA PILAH: Keindahan pemandangan dan kedamaian melihat lembu tenusu meragut di padang menghijau, sering dikaitkan dengan New Zealand atau paling hampir di Malaysia adalah Kundasang, Sabah.

Namun, kini pemandangan itu boleh dinikmati oleh orang ramai dengan mengunjungi sebuah ladang tenusu dekat Juasseh di sini, Juasseh Agro Park seluas 48 hektar, , yang dibuka, baru-baru ini.

Berkeluasan 48 hektar, ladang dalam kawasan berstatus padang ragut itu menempatkan lebih 300 lembu tenusu baka Jersey dan Jersey Fresian, yang diimport dari Australia sejak 2007.

Ladang diusahakan NS Dairy Farm Sdn Bhd itu, antara lain mempunyai kandang lembu dan kambing, kilang pengeluaran susu segar dan berperisa, selain zoo mini.

Pemiliknya, Datuk Mohd Nor Abdul Wahid, mendakwa syarikat itu adalah satu-satunya pengusaha ternakan lembu tenusu yang terbabit dalam bidang agro pelancongan yang menyediakan penginapan ladang di Semenanjung.

"Sebenarnya, bukan mudah untuk pengusaha ladang menceburi bidang agro pelancongan kerana banyak fasa perlu dilalui sebelum kita bersedia membenarkan orang luar masuk menikmati percutian di sini.

PEMANDANGAN Juasseh Agro Park di Kuala Pilah. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PEMANDANGAN Juasseh Agro Park di Kuala Pilah. - Foto Iqmal Haqim Rosman

LEMBU di Juasseh Agro Park di Kuala Pilah. - Foto Iqmal Haqim Rosman
LEMBU di Juasseh Agro Park di Kuala Pilah. - Foto Iqmal Haqim Rosman

"Kami mengambil masa sembilan tahun, iaitu apabila sudah berjaya menguasai kaedah terkini dan praktikal dalam bidang ternakan lembu tenusu serta pengeluaran susu segar dan berperisa," katanya kepada BH.

Sementara itu, isteri Mohd Nor, Datin Khaidar Khairuddin, yang juga pengarah syarikat terbabit, berkata keunikan tempat itu adalah pemandangan yang luar biasa ketika lembu meragut pada waktu pagi dan petang.

"Kami memastikan kawasan ladang, terutama kandang sentiasa bersih untuk memastikan lembu tenusu sihat dan bebas penyakit. Selain itu, kami membenarkan lembu keluar meragut sebagai senaman.

"Jadi secara tidak langsung, suasana itu menjadi asas kepada tarikan pelancongan ladang ini. Ramai pengunjung memberitahu gembira menikmati pengalaman bersiar-siar di sekeliling ladang terutama melihat lembu meragut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyediakan trem bagi membawa pengunjung mengelilingi ladang itu termasuk melawat kandang lembu, kilang pengeluaran susu, zoo mini dan kandang kambing Boer.

PAPAN tanda di Juasseh Agro park. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PAPAN tanda di Juasseh Agro park. - Foto Iqmal Haqim Rosman

KAWASAN ladang yang sentiasa bersih untuk memastikan lembu tenusu sihat dan bebas penyakit. - Foto Iqmal Haqim Rosman
KAWASAN ladang yang sentiasa bersih untuk memastikan lembu tenusu sihat dan bebas penyakit. - Foto Iqmal Haqim Rosman

INFO:

Dibuka Mac 2016

  • Penginapan disediakan:
  • Bilik keluarga bermula RM200
  • Bilik 'dormitori' bermula RM30 seorang

  • Aktiviti & tarikan: Lawatan zoo mini, rumah tinjau, menyusukan kambing, mengelilingi ladang dengan trem, memancing, 'flying fox' dan 'monkey walk'.
  • Selain susu, syarikat ini menghasilkan lembu baka
  • Alamat: NS Dairy Farm/ Juasseh Agro Park, Rembang Panas, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Nombor telefon: 019-6200854 (Nana)/ 019-3217652 (Mak Lang)
Berita Harian X