Khamis, 19 Mei 2016 | 3:19pm
Bangunan Wisma Putra di Putrajaya.

Wisma Putra tunggu maklumat dari EgyptAir

KUALA LUMPUR: Wisma Putra sedang memantau perkembangan kehilangan pesawat EgyptAir yang membawa 66 orang penumpang ketika terbang dari Paris ke Kaherah, hari ini.

Menurut satu kenyataan, tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu kerana Kementerian Luar sedang mendapatkan maklumat daripada EgyptAir.

Sementara itu, EgyptAir melalui Twitter syarikat itu mengesahkan 56 penumpang bersama 10 krew dalam pesawat itu.

Maklumat awal mengesahkan 30 penumpang adalah warga Mesir, 15 warga Perancis, dua warga Iraq dan masing-masing satu dari Arab Saudi, British, Belgium,Sudan, Chad, Portugal, Algeria, Kuwait dan Kanada.

Pesawat Airbus A320 yang terbang dari Paris ke Kaherah itu lenyap dari radar di Laut Mediterranean.

Akhbar tempatan Mesir, Ahram, melaporkan tiada sebarang panggilan kecemasan daripada pesawat dan kali terakhir mereka berhubung dengan juruterbang adalah kira-kira 10 minit sebelum pesawat itu hilang.

Greece dilaporkan menghantar bantuan pesawat untuk mencari pesawat yang hilang itu.

Berita Harian X