Selasa, 4 November 2014 | 2:05pm
AKSI Dayang Nufaizah ketika konsertnya di DFP. - Foto Instagram @haniffhazim

Dayang Nurfaizah tak anggap dirinya bersifat eksklusif

AKSI Dayang Nufaizah ketika konsertnya di DFP. - Foto Instagram @haniffhazim
AKSI Dayang Nufaizah ketika konsertnya di DFP. - Foto Instagram @haniffhazim

KUALA LUMPUR: Lima belas tahun yang benar-benar mematangkan Dayang Nurfaizah. Malah lebih bermakna, usia pembabitan seninya itu diraikan dalam persembahan konsert di Dewan Filharmonik Petronas malam Isnin lalu bersama peminat tersayang.

Mendendangkan rangkaian lebih 22 lagu termasuk medley yang kebanyakannya pilihan peminat, Dayang yang anggun dengan persalinan Michael Ong dan Rizalman ternyata gah di liganya yang tersendiri.

"Terima kasih kepada peminat yang terus menyokong untuk Dayang terus ke depan. 15 tahun ini cukup mendewasakan Dayang. Dayang memiliki album sulung pada usia 18 tahun. Album itu dirakamkan pada usia 15 tahun. Terima kasih DFP atas peluang keemasan ini," katanya membuka bicara kepada BH Online.

Biar perlu menunggu lama untuk hadir dengan konsert solo, penyanyi lagu Hakikat Cinta dan Seandainya Masih Ada Cinta itu percaya setiap penyanyi mendambakan peluang yang sama tetapi ia berbalik kepada soal peluang, tuah dan rezeki.

"Dayang hanya mampu bersabar dan berusaha mempamerkan bakat yang ada supaya orang di luar sana nampak serta sedar kehadiran kita. Alhamdulillah rezeki itu Dayang percaya akan datang. Cuma soal lambat atau cepat saja.

"Dulu di awalan kerjaya, Dayang pernah terdetik mungkin selepas muncul dengan album sulung, saya akan hilang begitu saja. Tapi siapa sangka survival Dayang berterus dan hingga saat ini sudah mampu memiliki sembilan album. Dayang bersyukur dengan semua ini," katanya yang menggabungkan gaya fesyen dan keampuhan vokal untuk konsert di DFP itu.

Di akhir perbualan, Dayang turut ditanya apakah beliau dilihat seperti mewujudkan kelas eksklusif dalam kembara seninya, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu menafikan wujud terma sedemikian.

"Dayang tidak rasa muzik yang dipersembahkan ini untuk golongan tertentu saja. Bagi Dayang muzik ini universal. Ia berbalik kepada citarasa manusia sama ada suka atau tidak," katanya yang bakal beraksi di pentas separuh akhir Muzik Muzik ke-29 di TV3 mempertaruhkan lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan lirik Rudy Imran.

Turut hadir menyaksikan persembahan beliau malam tadi ialah Datuk Sheila Majid, Ajai, Nurul Wahab, Misha Omar dan Fazli Zainal.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X