Ahad, 22 Mei 2016 | 11:04am

Rakam gambar bogel pekerja, suami isteri didakwa esok

KEPONG: Pasangan suami isteri yang didakwa memukul dan merakam gambar bogel tiga pekerja mereka di sebuah asrama kakitangan di sini minggu lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata kertas siasatan kes sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat lalu.

"Pasangan berusia 30-an itu ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Selasa lalu.

"Mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, tetapi mungkin dituduh mengikut seksyen lain," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ronda Cegah Jenayah Bersama Unit Berkuda di Taman Tasik Menjalara di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 Mei lalu, pasangan itu didakwa memukul dan merakam gambar bogel tiga wanita berkenaan di Kondominium Fortune Perdana.

Perbuatan itu didakwa dilakukan selepas mangsa dikatakan mencuri wang milik syarikat sebanyak RM18,000.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X