Ahad, 22 Mei 2016 | 5:39pm

TPM ziarah pusara Wan Khair-il


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu balu Allahyarham, Datin Mastura Yazid dan empat anak pasangan itu ketika menziarahi pusara bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, di Kuala Kangsar, sebentar tadi. - Foto Supian Ahmad

KUALA KANGSAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi pusara bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, di sini sebentar tadi.

Timbalan Perdana Menteri yang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menyertai majlis tahlil di Makam Al-Ghufran bersebelahan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan itu.

Selesai tahlil, Ahmad Zahid menyiram air ke pusara Wan Khairi-il dan turut bertemu balu Allahyarham, Datin Mastura Yazid dan empat anak pasangan itu.

Wan Khair-il yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), adalah antara enam yang terkorban selepas helikopter dinaiki terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Ahmad Zahid kemudian mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar di Kuala Kangsar Safari Resort.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Ubudiah.

Berita Harian X