Isnin, 23 Mei 2016 | 6:05am

DIGITORIAL: Geng UPSR 2 kembali dengan format baharu UPSR


PELAKON GENG UPSR beramah mesra bersama-sama calon UPSR sewaktu sesi lawatan sekolah baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Musim kedua drama ulang kaji interaktif UPSR pertama di Malaysia, GENG UPSR akan menemui penonton mulai 21 Mei 2016 ini melalui ASTRO Tutor TV, saluran 601.

Tampil berdasarkan format baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) tahun ini, adik-adik di rumah berpeluang belajar, berinteraksi dan berhibur sambil mengikuti perjalanan dan pengembaraan sekumpulan murid-murid tahun 6 dalam membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR.

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Justeru, mereka semua berganding bahu membantu satu sama lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dan memahami pembelajaran masing-masing.


PELAKON GENG UPSR pada majlis pelancaran drama tersebut di SK Dato'€™ Onn Jaaf

Pelakon berbakat

Musim kedua drama ini masih mengekalkan wajah-wajah ceria daripada musim pertama seperti Shiekh Baseer, Wafiy, Erissa, Elyn Leong, Danish Zakwan dan Rafael El Arash. Datuk Aznil Nawawi pula akan membuat kemunculan tetap sebagai guru besar pada musim ini.

Penyertaan dua pelakon cilik berbakat, Fikry dan Keziah Kaur pasti akan memeriahkan lagi keluarga GENG UPSR.

Menariknya musim kedua GENG UPSR kali ini turut menampilkan pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 29, iaitu Adira.

Dia telah diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut, baru-baru ini di pentas anugerah berprestij itu.

Bukan itu sahaja, pemenang anugerah Artis Komedi Popular ABPBH 29, Abam Bocey akan turut sama mencuit hati penonton di rumah dengan gelagatnya yang selamba di samping elemen komedi yang menghiburkan.

Aplikasi interaktif

Drama ulang kaji interaktif UPSR sebanyak 10 episod ini dilengkapi dengan aplikasi GENG UPSR. Ini membolehkan pembelajaran interaktif dilakukan terhadap kesemua subjek secara langsung semasa pelajar menonton drama bersiri itu di televisyen.

Kaedah ini juga meningkatkan pembelajaran menerusi nota ulang kaji dalam bentuk grafik dan menguji pemahaman mereka dalam subjek utama UPSR iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan mencuba pelbagai kuiz yang disediakan dalam aplikasi ini.

Bersesuaian dengan slogan 'Ada Aplikasi, Ada Kuasa', aplikasi ini diharapkan dapat membantu calon UPSR membuat persediaan dengan lebih baik lagi.

Puan Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan ASTRO, berkata pihaknya telah menerima sambutan menggalakkan dan maklum balas positif untuk musim pertama GENG UPSR apabila GENG UPSR mencatat sejarah sebagai rancangan paling banyak ditonton di saluran ASTRO Tutor TV UPSR sejak saluran dilancarkan.

Selain itu, jumlah soalan yang telah pun dijawab menerusi aplikasi i-Tutor yang kini dikenali dengan nama aplikasi GENG UPSR tahun lalu, membuktikan bahawa elemen interaktif yang cuba diterapkan ke dalam GENG UPSR berjaya menarik perhatian adik-adik di rumah.

Bukan itu sahaja, dalam media sosial, sebanyak 2 juta tontonan direkodkan bagi siri GENG UPSR musim pertama yang dimuat naik ke akaun YouTube.

Belajar secara mudah

Seiring dengan perkembangan teknologi kini, aplikasi GENG UPSR memudahkan pelajar untuk mengulang kaji dengan kaedah yang lebih menarik dan bersifat interaktif. Elemen interaktif dan pembelajaran 360 darjah yang cuba ditampilkan sejak musim pertama lagi telah diterima baik pelajar, ibu bapa mahupun pihak sekolah yang rata-ratanya telah mendapat manfaat berguna daripada drama ini.

Justeru, Puan Vickie berkata, beberapa penambahbaikan telah dilakukan untuk mening katkan lagi keberkesanan siri interaktif ini dalam membantu adik-adik di rumah mengulang kaji.

"Kami tidak sahaja menampilkan muka-muka baharu dalam keluarga GENG UPSR malah kami juga mahu ibu bapa turut serta pada kali ini.

"Kami percaya motivasi terbaik ialah daripada ibu bapa sendiri. Justeru, kami berharap ibu bapa bersama-sama anak-anak di rumah melakukan ulang kaji, sekali gus membolehkan mereka melihat sendiri kemampuan anaknya dan pada masa yang sama membimbing mereka untuk lebih mencintai ilmu," katanya.

Kandungan bermanfaat

Pelancaran GENG UPSR ini merupakan komitmen ASTRO untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia kandungan yang mendidik, memberi maklumat dan memperkayakan kehidupan.

Selain hiburan terbaik, Astro berbesar hati menjadi Rakan Strategik Kokurikulum, KPM dan akan terus menyediakan kandungan yang berkualiti berlandaskan sukatan pelajaran akademik yang diluluskan oleh kementerian menerusi ASTRO Tutor TV UPSR.

Bersesuaian dengan format baharu peperiksaan UPSR yang diperkenalkan KPM, sebanyak 4 episod program istimewa yang mengupas tentang kesemua format baharu subjek itu bakal ditayangkan pada bulan Jun.

Sementara itu, bagi membantu persediaan akhir calon UPSR, Gerak Gempur GENG UPSR Musim Kedua akan menemui penonton Ogos nanti iaitu teknik menjawab soalan dan pelbagai lagi tip berguna.

Jadi, jangan lupa mengikuti GENG UPSR 2 di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601), setiap Sabtu, jam 6.00 petang, mulai 21 Mei 2016.

Ada Geng, Senang Belajar! Mengulang kaji dengan GENG UPSR pastinya lebih menyeronokkan!

INFO: Sertai Geng UPSR

Berita Harian X