X
Selasa, 24 Mei 2016 | 5:38pm

PBAPP tiada rancangan bina empangan baharu

 KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBABB), Datuk Jaseni Maidinsa (dua dari kanan) ketika sidang media selepas mesyuarat Agong Tahunan (AGM) PBAHB di Jen Hotel, Jalan Magazine sambil diperhatikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng (dua dari kiri). - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBABB), Datuk Jaseni Maidinsa (dua dari kanan) ketika sidang media selepas mesyuarat Agong Tahunan (AGM) PBAHB di Jen Hotel, Jalan Magazine sambil diperhatikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng (dua dari kiri). - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) tidak merancang membina empangan baharu di negeri ini, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada kerja pembesaran Empangan Mengkuang di Seberang Prai Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Jaseni Maidinsa, berkata projek pembesaran yang dikendalikan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) dijangka dapat meningkatkan kemampuan empangan itu menampung bekalan air mentah sehingga tiga kali ganda.

"Kerja pembesaran Empangan Mengkuang sepatutnya sudah siap bulan ini, namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor.

"Kita menjangkakan projek ini dapat siap sepenuhnya pada tahun hadapan dan saiz Empangan Mengkuang akan lebih besar dari Empangan Air Itam di bahagian pulau," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-16 PBAPP, di sini, sebentar tadi.

Mengulas mengenai perolehan air selepas negara dilanda Fenomena Super El Nino, Jaseni berkata, pihaknya masih mampu memperoleh lebih satu bilion liter air mentah sehari dari Sungai Muda, walaupun fenomena itu berlanjutan selama lima bulan.

Berhubung tuntutan Kedah agar Pulau Pinang membayar pampasan kerana menggunakan sumber air Sungai Muda yang terletak di Kedah, beliau menegaskan bahawa tuntutan itu perlu dibuat kepada Kerajaan Pusat.

"Ini kerana kedudukan sungai itu terletak di sempadan kedua-dua negeri dan pengairan air berlaku secara semula jadi maka tiada sebab untuk kita membayar pampasan yang dituntut.

"Oleh itu, tuntutan berkenaan perlu disuarakan untuk perhatian Kerajaan Pusat dan Kedah harus menggazetkan kawasan Ulu Muda terlebih dahulu sebelum meminta sebarang pampasan," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X