Rabu, 25 Mei 2016 | 4:19pm

TPM terima kunjungan hormat anggota MPR

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi bergambar bersama anggota Majlis Pemusyawaratan Rakyat Indonesia (MPR) di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat 16 anggota Majlis Pemusyawaratan Rakyat Indonesia (MPR) di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Delegasi yang diketuai Ketua MPR, Dr Zulkifli Hasan itu antara lain bagi mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pertemuan 45 minit itu juga menyentuh soal hubungan dua hala kedua-dua negara termasuk dari aspek ekonomi dan sosial.

Yang turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Anggota MPR berkenaan sedang dalam rangka lawatan suai kenal ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam anjuran Kementerian Luar.

Berita Harian X