Khamis, 26 Mei 2016 | 10:19am

Solar Impulse 2 mendarat Pennsylvania

SOLAR Impulse 2 berlepas dari Dayton, Ohio. - Foto AFP
SOLAR Impulse 2 berlepas dari Dayton, Ohio. - Foto AFP

WASHINGTON: Pesawat berkuasa solar, Solar Impulse 2 selamat mendarat di Pennsylvania AS semalam, melengkapkan pusingan terbaharu penerbangan ke seluruh dunia yang memecah rekod, sekali gus mempromosikan tenaga boleh diperbaharui tanpa menggunakan bahan api.

Rakaman video secara langsung menunjukkan, sebaik berlepas dari Dayton, Ohio awal semalam, pesawat yang dipandu pengembara Switzerland, Bertrand Piccard itu tiba jam 8.49 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Lehigh Valley dalam penerbangan keseluruhan yang berlangsung kurang 17 jam. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X