Khamis, 26 Mei 2016 | 1:55pm

FBM KLCI akhiri sesi pagi tinggi sedikit

KUALA LUMPUR: Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi pagi tinggi sedikit hari ini sejajar dengan pasaran serantau dan di tengah-tengah pemulihan harga minyak, kata peniaga.

Indeks penanda aras naik 0.69 mata kepada 1,631.65, selepas bergerak antara 1,638.17 dan 1,628.19.

Ia dibuka 2.18 mata lebih rendah kepada 1,628.78.

Peniaga berkata, saham Asia dijangka melanjutkan pemulihan daripada paras rendah 12 minggunya berikutan keyakinan baharu terhadap prospek bank Eropah dan kenaikan harga minyak yang membantu melonjakkan saham global.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 1.96 mata kepada 11,410.07, Indeks FBMT100 jatuh 1.75 mata kepada 11,104.89 dan Indeks FBM70 jatuh 24.96 mata kepada 12,883.6.

Indeks FBM Emas Shariah jatuh 16.52 mata kepada 11,932.24 dan Indeks FBM Ace merosot 30.69 mata kepada 5,496.04.

Indeks Kewangan meningkat 29.57 mata kepada 14,272.96, sementara Indeks Perladangan 0.83 mata lebih tinggi kepada 7,466.58, dengan Indeks Perindustrian jatuh 0.92 mata kepada 3,083.39.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 402 berbanding 274, sementara 325 kaunter tidak berubah, 745 tidak didagangkan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 761.89 juta saham bernilai RM581.59 juta.

Di kalangan saham mewah, Maybank naik lapan sen kepada RM8.38 dan Petronas Chemicals meningkat empat sen kepada RM6.53 sementara TNB kekal pada paras RM14.

Public Bank jatuh lapan sen kepada RM19.14 dan IHH merosot satu sen kepada RM6.54.

Di kalangan kaunter aktif, AirAsia X naik setengah sen kepada 39 sen dan O&C Resources meningkat satu sen kepada 70 sen, sementara Vivocom susut setengah sen kepada 28.5 sen.

Tiger Synergy dan China Automobile Parts tidak berubah kepada masing-masing, 5.5 sen dan lima sen. -- BERNAMA

Berita Harian X