Isnin, 30 Mei 2016 | 12:49am
Allahyarham Ghani Karim (berdiri di tengah) sewaktu menganggotai kumpulan Freedom.

Bekas gitaris Freedom meninggal dunia


Allahyarham Ghani Karim. - Foto ihsan Facebook Suara Rakyat Johor.

KUALA LUMPUR: Bekas gitaris kumpulan Freedom, Ghani Karim, 61, meninggal dunia di rumahnya di Nusajaya, Johor malam tadi.

Adiknya, Siti Salwa Karim, 54, berkata abang sulung daripada tujuh beradik itu menghembuskan nafas terakhirnya selepas waktu Maghrib.

"Kira-kira jam 8 malam, adik saya, Zainal menghubungi saya memberitahu abang sudah meninggal dunia selepas mengalami pening dan muntah.

"Setahu saya arwah ada menghidap darah tinggi, namun keadaannya baik. Saya amat terkejut selepas menerima panggilan memberitahu abang saya sudah tiada," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Siti Salwa berkata, Ghani meninggalkan seorang balu dan tiga anak perempuan.

38 dibaca
Berita Harian X