Selasa, 31 Mei 2016 | 2:43pm

Gempa bumi 6.1 magnitud gegarkan Taiwan

TAIPEI: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitude dilaporkan menggegarkan Taiwan dan gegaran terasa hingga ke ibu negara, tetapi tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, kata pihak berkuasa.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada mulanya merekodkan gempa bumi itu yang berpusat kira-kira 110 kilometer di timur laut Taipei pada 6.4 magnitud, manakala Biro Pusat Kaji Cuara Taiwan mengukurnya pada 7.2 magnitud.

Saksi berkata, gegaran boleh dirasai dalam bangunan di Taipei termasuk di Parlimen serta di lapangan terbang Taoyuan, di selatan bandar raya ini. - Reuters

Berita Harian X