X
Rabu, 1 Jun 2016 | 12:38pm
SKUAD Portugal diketuai Cristiano Ronaldo ke Euro 2016. - Foto AFP
SKUAD Portugal diketuai Cristiano Ronaldo ke Euro 2016. - Foto AFP

Skuad Euro 2016 - Portugal

LISBON: Keraguan sama ada Cristiano Ronaldo akan mengetuai Portugal ke Euro 2016 akhirnya terjawab awal pagi tadi apabila dia dinamakan dalam skuad 23 pemain untuk ke Perancis, minggu ini.

Penyerang berusia 31 tahun itu, yang menjaringkan gol kemenangan penalti tatkala Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ke-11 minggu lalu, akan terlepas aksi persahabatan menentang England di Wembley, malam esok.

Ronaldo yang sedang 'mengecas baterinya' dengan bercuti di Ibiza, Sepanyol selepas mengharungi musim yang padat, bagaimanapun, tempoh yang panjang sebelum menyertai skuad dengan kempen Portugal di Euro 2016 hanya bermula menentang Iceland di Saint Etienne pada 14 Jun.

Jurulatih Fernando Santos, yang mana pasukannya turut akan berdepan Hungary dan Austria dalam aksi Kumpulan F, sudah pun mengesahkan senarai pemain ini pada 17 Mei lalu. - Reuters

Skuad 23 pemain Portugal

Penjaga Gol: Anthony Lopes (Olympique Lyon), Eduardo (Dínamo Zagreb), Rui Patricio (Sporting)

Pertahanan: Bruno Alves (Fenerbahçe), Cedric (Southampton), Jose Fonte (Southampton), Eliseu (Benfica), Pepe (Real Madrid), Raphael Guerreiro (Lorient), Ricardo Carvalho (Monaco), Vieirinha (VfL Wolfsburg)

Tengah: Adrien Silva (Sporting), Joao Mario (Sporting), William Carvalho (Sporting), Andre Gomes (Valencia), Danilo Pereira (Porto), Renato Sanches (Benfica), Joao Moutinho (Monaco)

Penyerang: Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Eder (Lille), Nani (Fenerbahce), Rafa (Braga), Ricardo Quaresma (Besiktas)

Berita Harian X