X
Jumaat, 3 Jun 2016 | 8:13pm

Beberapa laluan utama di KL dilanda banjir kilat

JALAN Duta antara kawasan dianiki air berikutan hujan lebat petang tadi namun dilaporkan sudah surut sepenuhnya.
JALAN Duta antara kawasan dianiki air berikutan hujan lebat petang tadi namun dilaporkan sudah surut sepenuhnya.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak jam 5 petang tadi mengakibatkan beberapa laluan utama di ibu negara dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang dilaporkan dinaiki air adalah di Jalan Kemuja berhampiran persimpangan Jalan Bangsar, Jalan Pantai Baharu, laluan dari KL Sentral menuju Hotel The St Regis dan Jalan Khidmat Usaha berhampiran Jalan Duta.

Paras air meningkat ekoran hujan lebat itu menyebabkan aliran trafik sesak teruk, ditambah waktu puncak orang ramai pulang dari kerja.

Bagaimanapun, air dilaporkan surut sepenuhnya termasuk di Jalan Duta, sejurus hujan reda kira-kira dua jam kemudian.

Difahamkan, hujan ais berlaku di kawasan Bukit Jalil ketika hujan kira-kira jam 6 petang tadi.

HUJAN ais berlaku di kawasan Bukit Jalil.
HUJAN ais berlaku di kawasan Bukit Jalil.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata setakat petang tadi pihaknya menerima 38 kes pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur dan merosakkan beberapa kenderaan namun, tidak membabitkan mangsa.

Katanya, beberapa rumah juga dilaporkan mengalami kerosakan pada bumbung akibat angin kuat.

"Antara kes pokok tumbang yang dilaporkan adalah di Jalan Telawi, Jalan Pantai Baharu, Taman Evergreen Batu 4 Jalan Klang Lama, Bukit Jalil.

"Satu kes pokok tumbang juga berlaku di Jalan Sri Hartamas 17 dan menghempap pondok pengawal tetapi, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu," katanya.

SEBATANG pokok yang tumbang dan mengenai pondok pengawal dalam kejadian ribut di Jalan Sri Hartamas, petang tadi.
SEBATANG pokok yang tumbang dan mengenai pondok pengawal dalam kejadian ribut di Jalan Sri Hartamas, petang tadi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X