Sabtu, 4 Jun 2016 | 12:39am

Anemia mudah serang wanita


Antara mangsa yang maut, Mohd Noor Che Mat 78 serta isteri, Hashimah Ismail 66, selepas terbabit dalam kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan di batu 13, Jalan Maran Temerloh. - Foto ihsan Keluarga

MASALAH anemia atau kekurangan zat pemakanan adalah penyakit paling lazim menyerang kanak-kanak dan wanita di negara ini.

Bagaimanapun, ramai tidak menyedari mereka mengalami anemia selain menganggap gejala yang dialami seperti pening dan keletihan adalah masalah biasa iaitu disebabkan kurang tidur.

Walaupun kelihatan tidak bahaya, anemia yang tidak dirawat boleh membawa pelbagai komplikasi seperti kecacatan kelahiran, menjejaskan perkembangan fizikal dan kognitif.

Petanda awal serangan adalah ringan tetapi jika tidak dirawat boleh menyebabkan degupan tidak teratur dan membawa kepada serangan jantung.

Pengurusan makanan dan nutrisi penting dalam menangani penyakit ini. Pesakit perlu menambah tahap penyerapan zat besi dengan memakan daging, ikan atau ayam dalam setiap hidangan utama.

Antara cara meningkatkan tahap penyerapan zat besi dalam badan ialah dengan memakan vitamin C dalam setiap hidangan.

Teh, kopi halang penyerapan zat

Penolong Setiausaha Kehormat dan Ahli Majlis Persatuan Dietitian Malaysia, Dr Zulfitri Azuan Mat Daud, berkata pengambilan minuman seperti teh, kopi dan susu juga perlu dielakkan kerana boleh menghalang penyerapan zat besi dalam makanan.

Makanan tambahan zat besi membantu dalam menangani penyakit ini tetapi makanan tambahan berkenaan hanya dapat diserap secara lebih berkesan ketika perut kosong.

Sekiranya terdapat ketidakselesaan atau kepedihan perut selepas mengambil makanan tambahan berkenaan, ia boleh dimakan selepas makan.

Pengarah Hal Ehwal Perubatan, Bahagian Pengguna Merck, Dr Dhara Shah, pula berkata, anemia yang tidak dirawat boleh menjadi teruk dan menjejaskan kehidupan harian.

Golongan wanita lebih terdedah kepada risiko kekurangan zat besi dan tahap kesedaran perlu ditingkatkan dalam kalangan mereka bagi mengatasi masalah ini.

Merck kini menjalankan kempen "Menangi Hari Anda" bertujuan mendidik individu menguruskan kehidupan harian bagi mengelak daripada risiko serangan anemia.

Analisis risiko secara maya

Pasukan perubatan Merck di Indonesia bersama-sama pakar perubatan lain, membangunkan alat penilaian risiko anemia. Alat ini berupaya membantu orang ramai mengesan sama ada mereka berisiko menghadapi anemia berdasarkan maklumat ringkas ke atas gaya hidup serta diet harian.

Disediakan percuma secara dalam talian, alat berkenaan membawa pengguna kepada soalan mudah. Turut disediakan carta warna konjungtiva. Carta ini membantu pengguna mengenalpasti gejala kekurangan zat besi.

Ini kerana mata mereka yang mengalami kekurangan zat besi anemia lebih pucat berbanding normal disebabkan kekurangan sel darah merah dan hemoglobin.

Sekiranya mendapatkan rawatan dengan segera, keadaan ini boleh mengembalikan kesihatan dan meningkatkan produktiviti sebanyak 20 peratus.

Kes 1:

Nor Amni Haris, 31, wanita bekerjaya sering mengabaikan waktu makan, hanya mengetahui mengenai penyakit selepas pengsan dan dihantar ke hospital. Perubahan dalam rutin diet, bersama pengambilan makanan tambahan yang disaran doktor, beliau kini mampu mengawal tahap zat besi dalam badan.

Kes 2:

Siti Noorsheila Zainal, 37, ibu kepada tiga orang anak, mengetahui mengenai penyakitnya sewaktu hamil. Beliau menyedari kekurangan zat besi anemia memberikan kesan kepadanya yang menyusukan bayi. Pengambilan makanan tambahan serta diet harian seimbang membantunya untuk hidup lebih cergas.

INFO:

Bagaimana anemia berlaku:

* Tahap sel darah merah atau hemoglobin rendah berbanding biasa.

* Ini menyebabkan jumlah oksigen kurang dibawa ke dalam aliran darah.

Anemia kekurangan zat besi:

*Sejenis anemia yang disebabkan kekurangan zat besi dalam badan untuk menghasilkan sel darah merah yang normal.

*Masalah kekurangan nutrien yang paling biasa di seluruh dunia.

Apakah kepentingan zat besi:

*Menghasilkan sel darah merah.

*Sebahagian daripada hemoglobin yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.

*Sel darah merah mempunyai jangka hayat purata selama 120 hari dalam badan. Badan memerlukan bekalan zat besi berterusan.

Gejala anemia:

*Pening

*Kelesuan

*Lemah badan

*Kerap sakit kepala

*Kebas kaki

*Keinginan untuk makan yang pelik seperti kotoran, ais atau tanah liat.

*Sejuk kaki dan tangan.

*Bengkak lidah dan tekak

*Kuku rapuh

*Kulit pucat

Mengapa wanita lebih berisiko?

*Kehamilan memerlukan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi.

*Darah haid berlebihan menyebabkan kehilangan darah.

*Ketumbuhan seperti fibroid dalam rahim

*Institut Jantung, Paru-paru dan Darah Negara menganggarkan 20 peratus wanita mengalami kekurangan zat besi anemia

*Kajian di Semenanjung Malaysia, melaporkan kira-kira 25 peratus antara golongan wanita berusia 18 hingga 60 tahun menghidap penyakit itu.

*Pertubuhan kesihatan sedunia menganggarkan: 30 peratus daripada penduduk di dunia atau lebih dua bilion individu menghidap anemia.

* Bahagian Kesihatan Pengguna Merck melaporkan: 39 peratus daripada 5,184 orang dewasa yang diuji Bahagian Kesihatan Pengguna Merck, menghidapi anemia; 42 peratus daripada 3,676 adalah wanita; 31 peratus daripada 1,508 adalah lelaki.

Diet untuk mengatasi masalah anemia:

*Sayur berdaun hijau.

*Kacang

*Tiram

*Daging merah kurang berlemak

*Ikan.

Minuman:

*Jus buah-buahan sitrus dengan makanan.

*Jangan minum teh atau kopi dengan makanan kerana menjejaskan penyerapan zat besi.

Berita Harian X