Isnin, 6 Jun 2016 | 1:17am
SUASANA ketika ceramah sulung yang disampaikan oleh calon PAS bagi PRK Kuala Kangsar, Najihatussalehah di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar, malam tadi. - Foto Danial Saad
ABDUL Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menggunakan pentas berucap pada malam tadi bagi memberi penjelasan berkenaan keputusannya membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah. - Foto Danial Saad

PRK: Ceramah Perdana PAS kurang sambutan

KUALA KANGSAR: Ceramah Perdana PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang turut dihadiri kepemimpinan tertinggi parti itu malam tadi kurang mendapat sambutan.

Berlangsung di padang di Taman Bunga Raya, di sini, ceramah sulung PAS sempena PRK kali ini itu hanya dihadiri kira-kira 200 hadirin termasuk penyokong parti.

Antara pemimpin PAS yang hadir termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Naib Presidennya, Dr Ahmad Idris serta calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menggunakan pentas berucap pada malam tadi bagi memberi penjelasan berkenaan keputusannya membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Malah, beliau juga menempelak sikap DAP yang secara berterusan mempersoal usaha PAS membawa usul bagi membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat, biarpun berpuluh penjelasan dibuat.

"Pindaan ini adalah apa yang pegawai agama negeri mahukan, malah mufti juga perjuangkan, ini untuk menambah hukuman dan tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya di sini.

21 dibaca
Berita Harian X