Rabu, 8 Jun 2016 | 12:03am
Chef Adu Amran Hassan (tengah) memiliki Kafe The Canteen By Chef Adu di Muzium Tekstil Kuala Lumpur, menyediakan resipi sihat dengan suasana kafe merentas budaya dan sejarah. - Foto Ghazali Kori
Hiasan dalaman Kafe The Canteen By Chef Adu di Muzium Tekstil Kuala Lumpur dengan menyediakan hidangan resepi sihat dengan suasana kafe merentas budaya dan sejarah. - Foto Ghazali Kori

Pengarah kreatif Ruzz Gahara, Hanifi Triff memperkenalkan koleksi Ramadhan 2016 yang dihasilkan dari Rumah Gahara, Kelantan di Kafe The Canteen By Chef Adu di Muzium Tekstil, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori

Kafe unik muzium tekstil

KUALA LUMPUR : Sambil menikmati hidangan sihat pengadil program realiti masakan MasterChef, pengunjung juga dibawa 'menggembara' merentas pelbagai budaya dan sejarah silam dengan suasana di Kafe The Canteen By Chef Azu, Muzium Tekstil di sini.

Kafe berkonsep muzium dilengkapkan dengan perabot dan hiasan dari pelbagai budaya diimport dari Turki, Eropah sebagai ekspresi diri Chef Azu atau nama sebenar Adu Amran Hassan, 46, yang menyanjungi dunia sejarah, seni, budaya dan fabrik.

Antara hidangan popular di Kafe The Canteen adalah Laksa Johor Kuah Ikan Tidak Kedekut, Nasi Lemak Tidak Telanjang, Nasi Pesto Selasih, Beef Teriyaki, Rojak Darat dan Brownies Pisang Salai Nostalgia.

14 menu pilihan anak kelahiran Kluang, Johor ini dipersembahkan penuh gaya dan ketelitian,  pengunjung turut dibuai keasyikan alunan muzik klasik India, Perancis, Sepanyol dan Jawa.

Perunding menu dan masakan oleh beberapa hotel terkemuka seperti Majestic Hotel di negara ini berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam industri pemakanan sejak dua dekad lalu adalah kerana niatnya untuk berkongsi rasa 'sedap' kepada orang ramai.

Pengadil MasterChef Malaysia, Chef Adu Amran Hassan (tengah) memiliki Kafe The Canteen By Chef Adu di Muzium Tekstil Kuala Lumpur, menyediakan hidangan resepi sihat dengan suasana kafe merentas budaya dan sejarah. - Foto Ghazali Kori

ANTARA menu di Kafe The Canteen By Chef Adu di Muzium Tekstil Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Kori

Pengadil program realiti antarabangsa selama lima musim, MasterChef Asia memberitahu, pelanggan akan mengenali dirinya menerusi setiap menu dan dekorasi ruang yang dipenuhi perabot antik dan tumbuhan hidup secara telus mencerminkan keperibadiannya.

Katanya, beliau menganggap restorannya sebagai rumah manakala pelanggan adalah tetamunya yang wajib dilayani sebaik mungkin.

"Ramai terkejut melihat hidangan dan suasana bertaraf hotel lima bintang pada harga yang berpatutan kerana matlamat sebenar saya ialah melihat pelanggan puas hati setiap kali berkunjung ke sini.

Pengadil MasterChef Malaysia, Chef Adu Amran Hassan memiliki Kafe The Canteen By Chef Adu di Muzium Tekstil Kuala Lumpur, menyediakan hidangan resepi sihat dengan suasana kafe merentas budaya dan sejarah. - Foto Ghazali Kori

Hiasan dalaman Kafe The Canteen By Chef Adu di Muzium Tekstil Kuala Lumpur dengan menyediakan hidangan resepi sihat dengan suasana kafe merentas budaya dan sejarah. - Foto Ghazali Kori

"Sebagai contoh saya perkenalkan Laksa Johor yang menggunakan spagheti. Kuah 'tidak kedekut' ikan, menggunakan ikan parang dan ikan tamban, kerisik buatan sendiri serta sambal belacan," katanya kepada BH.

Pengalaman beliau menguruskan restoran miliknya di London selama 17 tahun membuktikan masakan Melayu boleh diterima baik oleh masyarakat barat.

Beliau bersyukur diberi peluang menghidupkan semula masakan Melayu di Muzium Tekstil yang terletak di ibu negara.

"Ketika kunjungan saya ke muzium, saya ditawarkan untuk menguruskan kafe di sini ibarat orang mengantuk disorong bantal.

"Gabungan bakat yang kita ada dengan bakat orang lain seperti penyediaan pinggan mangkuk seramik dan tekstil oleh sahabat saya sebagai perkongsian rezeki dan kejayaan kita dengan orang lain," katanya.

Berita Harian X