Rabu, 8 Jun 2016 | 2:21pm

Saham KL rendah pada penutup tengah hari

KUALA LUMPUR: Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal rendah pada penutup sesi pagi hari ini berikutan sedikit jualan dalam saham mewah terpilih yang diterajui kaunter kewangan Maybank, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras itu berada pada paras 1,654.54, 6.08 mata lebih rendah selepas bergerak antara 1,663.16 dan 1,653.67 sepanjang sesi pagi. Indeks dibuka 2.04 mata lebih rendah kepada 1,658.58.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 389 berbanding 276, sementara 309 kaunter tidak berubah, 736 tidak berubah dan 31 lain digantung.

Jumlah dagangan harian berada pada paras 1.03 bilion saham bernilai RM806.28 juta.

Peniaga berkata, Maybank mengumumkan baru-baru ini pelantikan pengurusan kanan tertingginya, membabitkan pertukaran portfolio dalam kumpulan itu, berkuat kuasa 1 Julai 2016.

Maybank, yang menyumbang 2.053 mata kejatuhan dalam indeks komposit, 12 sen lebih rendah kepada RM8.27.

Di pasaran serantau, bursa bercampur-campur berikutan kelemahan perangkaan eksport China dengan jatuh 4.1 peratus pada Mei berbanding tahun sebelumnya.

Eksport China dijangka jatuh 3.6 peratus sebelum ini.

Kaunter saham mewah lain, termasuk TNB, jatuh empat sen kepada RM13.96 dan Public Bank naik dua sen kepada RM19.14 sementara IHH Healthcare jatuh satu sen kepada RM6.49.

Dalam kalangan kaunter aktif, Sumatec tidak berubah pada paras 11 sen, M3 Technologies jatuh lima sen kepada 19 sen sementara Bumi Armada naik tiga sen kepada 74 sen.

Indeks FBM Emas jatuh 35.37 mata kepada 11,579.60, Indeks FBMT 100 merosot 35.77 mata kepada 11,274.73 dan Indeks FBM Emas Shariah 20.39 mata lebih rendah kepada 12,136.26.

Indeks FBM 70 jatuh 21.50 mata kepada 13,130.68 dan Indeks FBM Ace merosot 32.86 mata kepada 5,455.57.

Dari segi sektor, Indeks Perindustrian merosot 8.13 mata kepada 3,118.14 dan Indeks Kewangan jatuh 69.13 mata kepada 14,308.05 sementara Indeks Perladangan 24.97 mata lebih rendah kepada 7,616.61. - Bernama

Berita Harian X