Rabu, 8 Jun 2016 | 4:25pm
BINTANG muda negara, Goh Jin Wei. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Jin Wei cemerlang penampilan pertama di Australia

KUALA LUMPUR: Bintang muda negara, Goh Jin Wei cemerlang pada penampilan pertamanya dalam kejohanan bertaraf Siri Super apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Australia di Sydney, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas Jin Wei mengetepikan cabaran pemain Kanada, Michelle Li 21-18, 21-10 dalam aksi pusingan pertama dan akan bertemu sama ada pilihan ketujuh, Saina Nehwal dari India atau pemain tuan rumah, Joy Lai bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.

Sementara itu, beregu profesional, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mengesahkan tempat ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan Belgium, Matijs Dierickx-Freek Golinski 21-16, 16-21, 21-13.

Satu lagi pasangan profesional, Nur Mohd Azriyn Ayub-Jagdish Singh menyingkirkan pasangan Australia, Cham Chen-Sagar Kumar 21-15, 21-6 untuk mara ke pusingan kedua.

Berita Harian X