Sabtu, 11 Jun 2016 | 10:27am

Bakteria super ancam Olimpik Rio?


PANTAI Ipanema di Rio de Janeiro. - Foto Reuters

RIO DE JANEIRO: Saintis menemui bahan berbahaya 'bakteria super' di pantai Rio de Janeiro yang akan menjadi gelanggang bagi acara renang pada Olimpik dan di sebuah lagun, lokasi atlet mendayung serta kanu akan bertanding di temasya yang bakal bermula 5 Ogos ini.

Penemuan daripada dua hasil kaji selidik yang tidak diterbitkan itu diperoleh oleh Reuters, sekali gus mencetuskan kebimbangan di sini yang menjadi tempat tarikan pelancong dan ia kini sudah merebak dengan bakteria yang kebiasaannya ditemui di hospital itu.

Wujud juga kebimbangan air kumbahan di sini sudah tidak lagi selamat.

Satu kajian yang diterbitkan pada akhir tahun 2014 menunjukkan kehadiran bakteria super - diklasifikasikan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat sebagai ancaman kesihatan awam yang mendesak - salah satu pantai di Guanabara Bay, di mana acara pelayaran dan luncur angin bakal berlangsung untuk Olimpik kali ini.

Satu daripada dua kajian baharu, dikaji semula pada bulan September oleh saintis di Persidangan InterScience Antimicrobial Agents and Chemotherapy di San Diego menunjukkan kehadiran mikrob di lima pantai di Rio termasuk Copacabana di mana acara renang terbuka dan triathlon akan berlangsung.

Empat lagi pantai yang terbabit Ipanema, Leblon, Botafogo dan Flamengo.

Bakteria super boleh menyebabkan ancaman kepada saluran air kencing, usus, paru-paru dan jangkitan aliran darah, bersama-sama dengan meningitis.

Menurut CDC, kajian menunjukkan bakteria ini menyumbang kepada kematian sehingga separuh daripada pesakit yang dijangkiti.

Kajian baharu kedua oleh makmal Oswaldo Cruz Foundation kerajaan persekutuan Brazil yang akan diterbitkan bulan depan oleh Persatuan Mikrobiologi Amerika, mendapati wujud gen super bakteria dalam lagun Rodrigo de Freitas di tengah-tengah Rio dan di sebatang sungai yang dikosongkan ke Guanabara Bay. - REUTERS

35 dibaca
Berita Harian X