Ahad, 12 Jun 2016 | 8:43am

2 maut, 2 cedera pesawat terhempas di Tennessee

KEADAAN pesawat ringan yang terhempas di Tennessee. - Foto AP
KEADAAN pesawat ringan yang terhempas di Tennessee. - Foto AP

COLLEGEDALE, Tennessee: Dua maut dan dua lagi cedera apabila sebuah pesawat ringan terhempas di Tennessee, kata pegawai.

Pesawat satu enjin itu terhempas kira-kira jam 12.50 tengah hari ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Collegedale, kata jurucakap polis Collegedale, Tonya Salder.

Beliau berkata, semua empat mangsa berada dalam pesawat itu dan dua mangsa terselamat dibawa dengan helikopter ke Pusat Perubatan Erlanger.

"Seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal dan sudah menjalani pembedahan," katanya.

Nama mangsa dan destinasi asal tidak akan disiarkan sehingga kejadian itu dimaklumkan kepada anggota keluarga mereka.

Sadler berkata, beliau tidak tahu jika ada sesiapa lagi yang cedera atau harta yang rosak dalam nahas berkenaan. - AP

Berita Harian X