Jumaat, 7 November 2014 | 11:49pm
ASYRAF MUSLIM bersama barisan pelakon Matahari Terbit Lagi selepas dinobatkan Drama Terbaik pada Malam Anugerah Skrin 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Hasriyashah Sabudin
ASYRAF MUSLIM bersama barisan pelakon Matahari Terbit Lagi selepas dinobatkan Drama Terbaik pada Malam Anugerah Skrin 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. - Foto Hasriyashah Sabudin
PENGARAH filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba memenangi anugerah kategori Pengarah Terbaik pada Malam Anugerah Skrin 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Filem Tanda Putera arahan beliau turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik. - Foto Hasriyashah Sabudin
PENGARAH filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba memenangi anugerah kategori Pengarah Terbaik pada Malam Anugerah Skrin 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Filem Tanda Putera arahan beliau turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik. - Foto Hasriyashah Sabudin

Tanda Putera, Matahari Terbit Lagi raih filem, drama terbaik Anugerah Skrin

KUALA LUMPUR: Drama Matahari Terbit Lagi terbitan Al Hidayah Production Sdn Bhd dinobat Drama Terbaik manakala Filem Terbaik diraih Tanda Putera terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd di Anugerah Skrin (ASK) 2014.

Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mengarahkan filem berkenaan turut menang bagi kategori Pengarah Terbaik selain pelakon filem itu iaitu Zizan Nin turut menang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Drama Matahari Terbit Lagi juga dipilih memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Anwar Chew Abdullah), Pengarah Terbaik, Videografi Terbaik dan Lakon TV Terbaik.

Drama Balqis arahan Erma Fatima juga tidak pulang dengan kosong apabila menang tiga kategori, Pelakon Wanita Terbaik (Puteri Balqis), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Namron) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Nabila Huda).

Di bawah disenaraikan pemenang kategori lain yang bertanding di ASK 2014 bersiaran secara langsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi TV3.

* Drama Rantaian Terbaik: Ummi

* Drama Komedi Siri Terbaik: Nasi Ayam Duda

* Drama Bersiri Terbaik Di Laman Sosial: Ariana Rose

* Drama Premium Terbaik: Karlos Bolos

* Lakon Layar Terbaik Filem: Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)

* Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)

* Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)

* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)

* Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Dengan Basikal Aku Menjelajah (TV Alhijrah)

* Rancangan Bual Bicara Terbaik: Malaysia Hari Ini: Misi Mencari MH370 (TV3)

* Rancangan Hiburan Terbaik; Rockestra (TV9)

* Rancangan Realiti Terbaik: Bintang Mencari Bintang Musim Kedua (TV3)

* Laporan Khas/Berita Baik: Buletin Utama: Kuda Kelate (TV3)

Kategori Teknikal

* Videografi Terbaik: Selfmade (8TV)

* Suntingan Terbaik: Selfmade (8TV)

* Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung: Shout Awards 2013 (8TV)

* Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung: The Ultimate Song Grand Finale (8TV)

* Rekabentuk Set Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-28 (TV3)

* Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-28 (TV3)

* Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu ke-28

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X