Isnin, 13 Jun 2016 | 4:41pm

Sultan Johor dibenarkan pulang


Sultan Ibrahim Iskandar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang menerima rawatan di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, sejak Jumaat lalu dibenarkan pulang, pagi tadi.

Berdasarkan sumber Istana Johor, Sultan Ibrahim dibenarkan pulang kira-kira jam 8.30 pagi tadi selepas kesihatan baginda berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, dalam satu kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Johor, baginda dimasukkan ke HSA pagi Jumaat lalu atas nasihat doktor kerana jangkitan virus dan gastrisis.

35 dibaca
Berita Harian X