Selasa, 14 Jun 2016 | 10:44pm

300 pengamal media hadir buka puasa PETRONAS


PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (dua dari kiri) ketika di Majlis Buka Puasa Petronas bersama media di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad (tengah). - Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 pengamal media hadir pada Majlis Berbuka Puasa PETRONAS Bersama Media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Majlis tahunan anjuran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) itu bertujuan untuk beramah mesra antara syarikat itu dan pengamal media di negara ini.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Huluan, Datuk Mohd Anuar Taib; Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Datuk Manja Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid.

Berita Harian X