Sabtu, 18 Jun 2016 | 8:57am
Calon Barisan Nasional (BN) P.093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. - Foto Asyraf Hamzah

Budiman tiba di pusat mengundi

Calon BN PRK P.093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi (dua, kanan) bersama isterinya, Normah Abdullah (kanan), bapanya, Mohd Zohdi Abdullah (dua kiri) dan ibunya, Fatonah Saimin, berdoa sebelum bertolak menuju ke pusat mengundi di kediamannya di Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

SUNGAI PANJANG: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Limau pada jam 8.40 pagi ini untuk mengundi. 

Budiman,44, ditemani isterinya, Norma Aida Abdullah, serta ibu bapanya, Mohd Zohdi Abdullah, 72, dan Fatona Saimin, 62.

Berita Harian X