Sabtu, 18 Jun 2016 | 4:31pm
FEZRUL Khan menjelaskan dirinya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dengan menayangkan badan di laman sosial, Instagram
FEZRUL Khan menjelaskan dirinya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dengan menayangkan badan di laman sosial, Instagram

Tayang badan untuk kongsi hobi - Fezrul Khan

ANTARA gambar yang dimuat naik Feruz.
ANTARA gambar yang dimuat naik Feruz.

KUALA LUMPUR : Pelakon Fezrul Khan menjelaskan dirinya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dengan menayangkan badan di laman sosial, Instagram, sebaliknya sekadar berkongsi hobi terbaharunya selepas bercerai.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 36, berharap perkongsian di laman sosial itu dipandang secara positif dan menjadi pembakar semangat kepada orang ramai, terutama pengikutnya untuk menjalani gaya hidup sihat dan mengamalkan pola pemakanan berkhasiat.

"Saya tidak berniat untuk menayangkan badan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Gambar tidak berbaju itu dirakamkan ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah. Takkan saya hendak memakai baju yang menutup badan pula?

"Lagipun, pada masa sama, saya juga menyimpan hasrat untuk menggelapkan warna kulit supaya lebih sekata. Saya pernah memuat naik gambar tidak berbaju ketika bersenam di gimnasium. Saya tidak sewenang-wenangnya menayangkan badan tanpa sebab hanya kerana ingin menarik perhatian.

"Terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai. Lebih baik sekiranya ada yang memandang positif dan tertarik untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melihat gambar yang dimuat naik. Dakwaan mengatakan saya lebih 'daring' selepas cerai pun tidak benar," kata Fezrul.

Pada 19 Ogos 2015, Fezrul mendedahkan sudah bercerai talak satu dengan isterinya, Noorhafizah Zulkafli, 31, di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.

Bercerita mengenai perkembangan kerjayanya, Fezrul kini sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem Hayat bergandingan bersama Ayu Raudhah arahan Bade Azmi.

Selain itu, drama rantaian Mr Secret Admirer lakonannya bersiaran di saluran HyppTV bermula semalam.

Berita Harian X