Ahad, 19 Jun 2016 | 12:01am

Olimpik: Brazil sedia dana kecemasan

RIO DE JANEIRO: Kerajaan Brazil merancang memindahkan 2.9 bilion reais (AS$849 juta dolar) dalam dana kecemasan bagi membayar kos infrastruktur dan anggota keselamatan untuk Sukan Olimpik di Rio de Janeiro.

Sebelum ini, tuan rumah Sukan Olimpik, yang akan diadakan pada Ogos ini dilaporkan tertekan dengan isu kewangan menjelang temasya yang berbaki 50 hari sahaja.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu, dana itu juga akan digunakan untuk menyiapkan laluan pengangkutan awam yang tertangguh, Metro Line, ke lokasi Olimpik.

Bagaimanapun, pihak media kementerian kewangan enggan mengulas perkembangan terbaru itu. - REUTERS

Berita Harian X