Ahad, 19 Jun 2016 | 11:17pm

Rosberg tawan Azerbaijan

ROSBERG (tengah) menjulang kemenangan kelimanya musim ini di Grand Prix Eropah. - Foto AFP

BAKU: Nico Rosberg menjulang kemenangan kelimanya musim ini di Grand Prix Eropah, yang berlangsung di litar jalan raya Baku, Azerbaijan, sebentar tadi.

Pemandu Mercedes itu melepasi garisan penamat dengan mencatat masa 1 jam 32 minit 52.366s, diikuti Sebastian Vettel dari Ferrari serta pemandu Force India, Sergio Perez di kedudukan ketiga.

Rakan sepasukan Rosberg, Lewis Hamilton, yang bermula dari petak ke-10 menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Kemenangan itu membolehkan pemandu Jerman berkenaan terus mengukuhkan kedudukan dalam kejuaraan pemandu dengan mendahului 24 mata di depan Hamilton. - AFP

NICO Rosberg melepasi garisan penamat dengan mencatat masa 1 jam 32 minit 52.366s. - Foto EPA

Keputusan

1. Nico Rosberg (Mercedes) 1 jam 32 minit 52.366s

2. Sebastian Vettel (Ferrari) +16.696s

3. Sergio Perez (Force India Mercedes) +25.241s

4. Kimi Räikkönen (Ferrari) +33.102s

5. Lewis Hamilton (Mercedes) +56.335s 0

6. Valtteri Bottas (Williams Mercedes) +60.886s

7. Daniel Ricciardo (Red Bull Racing Tag Heuer) +69.229s

8. Max Verstappen (Red Bull Racing Tag Heuer)+70.696s

Berita Harian X