Jumaat, 24 Jun 2016 | 12:35am

Atlet Russia bebas doping ke Rio sebagai 'neutral'

MONACO: Atlet Russia yang boleh membuktikan mereka tidak dicemari skandal doping yang melanda negara itu, dibenarkan untuk menyertai Olimpik Rio.

Bagaimanapun penyertaan mereka hanya dibenarkan sebagai atlet neutral, bukan di bawah bendera negara berkenaan, kata IAAF.

Majlis Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) memutuskan minggu lalu untuk mengekalkan penggantungan Russia selepas penemuan pelanggaran ujian dadah, termasuk mengabaikan keputusan positif serta mengubah keputusan ujian.

Namun atlet yang bersih daripada skandal berkenaan diberi harapan baru oleh badan induk berkenaan.

"Jika ada atlet individu yang boleh membuktikan dengan jelas yang mereka tidak terbabit dengan sistem Russia kerana berada di luar negara dan terikat dengan sistem anti-doping lain yang lebih berkesan, maka mereka boleh memohon kebenaran untuk bertanding - bukan untuk Russia tetapi sebagai atlet neutral," menurut IAAF. - AFP

Berita Harian X