Ahad, 26 Jun 2016 | 3:00am
HAFIZH Syahrin Abdullah.

Cuaca ganggu rentak Hafizh saingan Moto3 GP Belanda

KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca di Litar Assen mengganggu rentak pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk mencari petak perlumbaan yang lebih baik di Grand Prix (GP) Belanda.

Hafizh yang berpuashati dengan catatan masa diraihnya pada sesi latihan bebas ketiga sebelum itu - berada di tangga keenam terpantas - hanya mencatat 1 minit 39.840 saat di sesi kelayakan dan bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-20, esok.

Ia adalah sesi kelayakan kedua terburuk buat pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu pada musim ini selepas berada di kedudukan ke-24 di Litar Jerez, pada April lalu.

"Bukan cuaca yang terbaik dan posisi terbaik buat saya," kata Hafizh dalam laman Facebooknya.

"Saya sangat yakin dengan keputusan di sesi latihan ketiga tetapi harap-harap esok akan menjadi hari yang lebih baik."

Berita Harian X