Ahad, 26 Jun 2016 | 2:51pm

Suami isteri maut kemalangan

MANGSA kemalangan maut di Jalan Tun Dr Awang.

BAYAN LEPAS: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh lori pembancuh simen di Jalan Tun Dr Awang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.20 pagi itu, mangsa yang juga penunggang motosikal, Yusof Bidin, 73, dan isterinya, Samsiah Hassan, 69, dikatakan dalam perjalanan ke arah Bayan Baru sebelum berhenti di lampu isyarat berkenaan.

Motosikal mangsa kemudian dilanggar lori dari arah belakang menyebabkan mereka terperosok di bawah kenderaan berat itu dan meninggal di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Berita Harian X