Isnin, 27 Jun 2016 | 6:51pm

Saham tempatan ditutup rendah, sejajar saham serantau

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia sejajar dengan pasaran saham global kekal bimbang meskipun pemulihan sederhana dengan belian terpilih dalam saham perladangan dan pengguna.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras 1,629.52, jatuh 4.53 mata berbanding 1,634.05 yang dicatatkan pada Jumaat lalu, selepas bergerak antara 1,618.25 dan 1,632.03.

Ia dibuka 6.36 mata lebih rendah kepada 1,627.69.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 457 berbanding 295 sementara 359 saham tidak berubah, 614 tidak didagangkan dan 26 digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 1.27 bilion saham bernilai RM1.29 bilion.

Indeks Perladangan meningkat 13.99 mata kepada 7,553.26, Indeks FBM Emas jatuh 38.25 mata kepada 11,355.06, Indeks FBMT 100 merosot 38.39 mata kepada 11,067.84 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 49.09 mata kepada 11,919.75.

Indeks FBM 70 jatuh 72.23 mata kepada 12,757.29 dan Indeks FBM Ace merosot 73.65 mata lebih rendah kepada 5,069.38.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan jatuh 64.84 mata kepada 14,010.07 dan Indeks Perindustrian merosot 11.30 mata kepada 3,060.30.

Di kalangan saham mewah, Maybank merosot dua sen kepada RM8.18, TNB dan Axiata tidak berubah masing-masing pada RM14.00 dan RM5.50, Public Bank meningkat lapan sen kepada RM19.28 dan IHH Healthcare jatuh 20 sen kepada RM6.50.

Di kalangan aktif, Vivocom merosot dua sen kepada 22.5 sen, Bumi Armada dan Sanichi jatuh setengah sen setiap satu kepada 68 sen dan 13.5 sen sementara Borneo Oil naik setengah sen kepada 15 sen.

Di kalangan kaunter untung, Ajinomoto naik 36 sen kepada RM12.46, Batu Kawan meningkat 26 sen kepada RM18 dan Dutch Lady naik 12 sen kepada RM58.02. - BERNAMA

Berita Harian X