Selasa, 28 Jun 2016 | 3:00pm

MBI tawar diskaun 60% sempena Aidilfitri

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan diskaun 60 peratus bayaran kompaun bagi semua kesalahan lalu lintas MBI sempena sambutan Aidilfitri.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, penawaran diskaun itu diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

"Warga kota boleh mendapatkan tawaran diskaun berkenaan dengan membuat pembayaran kompaun lalu lintas MBI di kaunter bayaran Ibu Pejabat MBI, Greentown dan Pejabat Lama MBI, Jalan Bandar bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang. 

"Manakala pembayaran bagi di kaunter MBI di UTC Perak pula dibuka dari jam 8 pagi sehingga 4.30 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, warga Ipoh boleh mengambil peluang itu untuk menjelaskan tunggakan kompaun lalu lintas MBI bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Berita Harian X