Rabu, 29 Jun 2016 | 8:54pm

Lebih 16,000 buka puasa bersama PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua dari kiri) bersama Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman (kiri) Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (dua kanan) dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nawawi Wan Ismail (kanan) pada Majlis berbuka puasa di Masjid Assalam Batu Rakit, Kuala Nerus. - Foto Rozainah Zakaria

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di pekarangan Masjid Assalam, Batu Rakit untuk berbuka puasa bersama lebih 16,000 penduduk, sebentar tadi.

Najib tiba bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zuber Embong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.

Selesai berbuka puasa, Najib menunaikan solat Maghrib bersama penduduk setempat.

Berita Harian X