Rabu, 29 Jun 2016 | 11:21pm

Guardiola ajak Mourinho keluar makan malam

PEP Guardiola dan Jose Mourinho (gambar kecil).
PEP Guardiola dan Jose Mourinho (gambar kecil).

MANCHESTER: Penolong Pep Guardiola, Domenec Torrent menegaskan, pengendali dari Sepanyol itu tidak takut dengan Jose Mourinho, malah sedia untuk keluar makan malam bersama pengurus baharu Manchester United itu.

Permusuhan antara kedua-dua pengendali itu akan kembali menyala musim depan apabila masing-masing melaksanakan tugas di Etihad dan Old Trafford.

Guardiola dan Mourinho pernah membimbing Barcelona dan Real Madrid dengan kedua-duanya pernah bertembung beberapa kali dalam perlawanan.

Bagaimanapun, Torrent dilihat cuba menjernihkan keadaan apabila menegaskan Guardiola tidak mempunyai masalah dengan rakan sejawatnya dari Portugal itu.

"Manchester bandar kecil dan saya pasti kami akan bertemu (dengan Mourinho) di restoran. Dia mungkin akan belanja kami makan waktu itu, saya dan Guardiola pula akan belanja selepas itu.

"Kamu hanya perlu terus melaksanakan tugas kamu dan mengawal apa yang berada di bawah kuasa kamu. Untuk kami, kami sentiasa tenang," katanya.

Torrent turut memaklumkan Guardiola akan segera menyesuaikan diri dengan jangkaan tinggi dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas meraih kejayaan di Sepanyol dan Jerman. - AGENSI

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X