Khamis, 30 Jun 2016 | 2:57pm

Anak yatim gembira dapat baju raya

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Mohd Adhan Kechik (kiri) dibantu isterinya, Datin Nik Nur Erdailany Nik Yahya memakaikan baju raya buat anak yatim sempena program Jom Beli Baju Raya Anak Yatim Miskin DUN Bukit Bunga di Pasaraya Zon Ria, Tanah Merah. - Foto Zaman Huri Isa

TANAH MERAH: Kegembiraan terpancar di wajah kira-kira 100 anak yatim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga selepas menerima pakaian baharu menerusi program 'Jom Beli Baju Raya' di dua pusat beli-belah utama, di sini, hari ini.

Program julang kali diadakan Pusat Khidmat Rakyat DUN berkenaan bertujuan meraikan anak yatim untuk turut bergembira menjelang hari lebaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kechik, berkata pihaknya memperuntukkan kira-kira RM15,000 bagi membolehkan anak yatim terbabit mendapat pakaian dan duit raya menerusi program berkenaan.

"Kegembiraan mereka mencerminkan betapa sumbangan ini dihargai bagi menyambut Aidilfitri," katanya.

Beliau berkata, pelbagai sumbangan sudah diagih kepada hampir 600 golongan asnaf di DUN Bukit Bunga membabitkan peruntukan kira-kira RM60,000 sempena Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X