Selasa, 11 November 2014 | 5:40pm

El Hadji Diouf tiba hari ini sertai skuad Sabah

BEKAS pemain Liverpool, El Hadji Diouf
BEKAS pemain Liverpool, El Hadji Diouf

KOTA KINABALU: Bekas pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebentar tadi untuk menyertai skuad Liga Perdana Sabah bagi menghadapi musim 2015.

BEKAS pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebentar tadi disambut oleh Pengarah Teknikal Sabah, George O' Callaghan. - Foto NSTP
BEKAS pemain Liverpool, El Hadji Diouf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebentar tadi disambut oleh Pengarah Teknikal Sabah, George O' Callaghan. - Foto NSTP

Ketibaan pemain berusia 33 tahun itu disambut oleh Pengarah Teknikal Sabah, George O' Callaghan sebelum dibawa meninjau sesi latihan skuad bergelar Sabah Rhino itu.

Difahamkan, Diouf yang juga bekas pemain kebangsaan Senegal akan menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam masa terdekat.

Selain Diouf, Sabah juga sedang berusaha mendapatkan khidmat bekas penyerang kelab Brunei DPMM FC, Roy Simon Donovan selain bakal menguji pemain pertahanan dari Brazil, Ricarte Dos Santos.

Berita Harian X