Khamis, 30 Jun 2016 | 3:05pm

Aeen Zubeida, Kembara Sufi Travel rai anak yatim

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin (dua kanan) beramah mesra dengan anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Aeen Zubeida Perfume, Rabu. Hadir sama Pengurus Aeen Zubeida Perfume, Datuk Anandzachery Mohamad (kanan). - Foto BERNAMA

KUANTAN: Zubeida Enterprise, pengeluar minyak wangi jenama Aeen Zubeida dengan kerjasama Kembara Sufi Travel and Tour Sdn Bhd, meraikan 30 kanak-kanak dari tiga rumah anak yatim di daerah ini.

Kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al Insyirah, Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Al Kauthar dan Rumah Anak Yatim Ribath Asyirazi bukan saja dibawa berbuka puasa, malah turut menerima duit raya.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Yang turut hadir, Pengasas Bersama Aeen Zubeida Enterprise, Datuk Anandzachery Mohamad dan Surja Khairul Ishak serta Pengarah Urusan Kembara Sufi Travel And Tour Sdn Bhd, Muhammad Al Fadhil  Hidzir.

Kanak-kanak juga berpeluang mencuba haruman Aeen Zubeida yang berasaskan bunga-bungaan.

Berita Harian X