Sabtu, 2 Julai 2016 | 12:07am
Sebahagian penunggang perkhidmatan motor tambang menunggu pengunjung yang memerlukan perkhidmatan mereka di Pekan Rantau Panjang. - Foto Fathil Asri
Sebahagian penunggang perkhidmatan motor tambang menunggu pengunjung yang memerlukan perkhidmatan mereka di Pekan Rantau Panjang. - Foto Fathil Asri
Penunggang motosikal tambang wanita, Noriah Hashim, 47, turut teruja dengan pekerjaannya kerana minatnya untuk memperkenalkan Rantau Panjang kepada pelancong luar di Pekan Rantau Panjang. - Foto Fathil Asri
Penunggang motosikal tambang wanita, Noriah Hashim, 47, (kanan) sedia menghantar pelancong luar di Pekan Rantau Panjang. - Foto Fathil Asri
Penunggang motosikal tambang wanita, Noriah Hashim, 47, menghantar pelancong luar di Pekan Rantau Panjang. - Foto Fathil Asri

Durian runtuh motosikal tambang sempadan


RANTAU PANJANG: Musim perayaan membawa durian runtuh kepada penyedia perkhidmatan pengangkutan motosikal tambang di sempadan Malaysia-Thailand di sini.

Perkhidmatan berkenaan yang biasanya menerima tujuh pelanggan sehari ini melonjak kepada 20 berikutan orang ramai bertumpu di pekan sempadan ini untuk beli belah atau rakyat Thailand yang bekerja di negara ini mula pulang sambut Aidilfitri.

Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dari Rantau Panjang ke pekan Sungai Golok; Rantau Panjang ke Wakaf Siku, Thailand (RM 15); sekitar bandar Rantau Panjang (RM8) dan khidmat hantar barang (RM10-RM15).

Penunggang motosikal tambang, Seman Ramli, 45, berkata dua minggu sebelum Aidilfitri, biasanya warga Thailand yang bekerja di Malaysia seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bharu mula pulang ke kampung dan menggunakan khidmat motosikal tambang untuk dihantar pulang ke Pekan Sungai Golok.

Khidmat motosikal tambang amat terkenal di daerah ini serta menjadi pilihan ramai untuk ke destinasi yang dikehendaki termasuk ke Pekan Sungai Golok, Thailand, kerana ia dapat menjimatkan masa selain dikenakan caj yang murah.

c


Perkhidmatan motor tambang di Pekan Rantau Panjang menjadi pilihan pengunjung yang membeli belah sempena Aidilfitri. - Foto Fathil Asri

Perkhidmatan motosikal tambang sama seperti kereta sewa tetapi menggunakan motosikal yang ditunggang penduduk tempatan yang sudah arif dengan setiap jalan atau lorong di sini.

Seman berkata ramai pelanggan memilih kenderaan itu kerana caj yang lebih murah iaitu RM5 sehala berbanding kereta sewa selain dapat menjimatkan masa ketika jalan sesak.

"Ada antara pelanggan yang meminta kami menghantar terus ke rumah atau ke destinasi tertentu yang di luar lokasi penghantaran kami.

"Biasanya untuk menjaga keselamatan dan memberi khidmat terbaik kepada pelanggan, kami akan hantar mereka tetapi dikenakan caj tertentu antara RM10 hingga RM15 bergantung kepada jarak penghantaran," katanya yang sudah enam tahun menjadi penunggang motosikal tambang.

Khidmat motosikal tambang beroperasi setiap hari bermula jam 6 pagi sehingga jam 10 malam yang asalnya diwujudkan bagi memudahkan perjalanan orang ramai dari Rantau Panjang ke pekan Golok.


Sebahagian penunggang perkhidmatan motor tambang menunggu pengunjung yang memerlukan perkhidmatan mereka di Pekan Rantau Panjang. - Foto Fathil Asri

Caj yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dari Rantau Panjang ke pekan Sungai Golok; Rantau Panjang ke Wakaf Siku, Thailand (RM 15); sekitar bandar Rantau Panjang (RM8) dan khidmat hantar barang (RM10-RM15).

Kumpulan motosikal tambang di sini yang berdaftar di bawah  Persatuan Motosikal Tambang Rantau Panjang mempunyai ahli seramai 229 orang yang mana kami pecahkan kepada sembilan kumpulan dan ditempatkan di lokasi berbeza sekitar Rantau Panjang.

Sementara itu, penunggang motosikal tambang wanita, Noriah Hashim, 47, dia biasanya mendapat kelebihan kerana pelanggan wanita biasanya memilih penunggang motosikal tambang wanita kerana mereka lebih selesa.

"Ada juga pelanggan yang menggunakan khidmat saya ini untuk dibawa berjalan sekitar kawasan Rantau Panjang sahaja kerana lebih mudah untuk bersiar-siar menaiki motosikal," katanya sambil menambah terdapat lima penunggang motosikal wanita," katanya.

Berita Harian X