Sabtu, 2 Julai 2016 | 1:20am

Aziz Singah meninggal dunia


PELAKON veteran, Allahyarham Datuk Aziz Singah.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Datuk Aziz Singah, 75, meninggal dunia kira-kira jam 11.30 malam ini akibat kanser prostat.

Berita kematian Allahyarham Aziz yang tersebar dalam media sosial disahkan anak arwah, Ruzaimi Aziz atau lebih dikenali sebagai Bob Singah.

"Jenazah arwah sekarang berada di rumah di Bandar Putra Permai, Sri Kembangan dan akan dibawa pulang pagi esok ke Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sepanjang pembabitan seni, Allahyarham pernah membintangi drama dan filem seperti PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian dan Kemarau Cinta.

Berita Harian X