Rabu, 12 November 2014 | 1:33pm

Polis Marin sasar ambil 1,000 anggota baharu

LANGKAWI: Pasukan Polis Marin (PPM) menyasarkan pengambilan 1,000 anggota baharu untuk mengisi pelbagai jawatan dalam pasukan itu di seluruh negara menjelang awal tahun depan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, berkata pengambilan itu akan menjadikan jumlah anggota PPM meningkat kepada 3,000 orang, berbanding 2,000 ketika ini.

"Sehubungan itu, PPM juga akan menambah pelbagai aset sedia ada termasuk membeli bot ronda yang lebih besar dan laju," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Komander-Komander Polis Marin Bil 4/2014 di Hotel Bayview di sini, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X